Wednesday, March 16, 2011

Lagu IMQ & Kawad

Pengenalan Lagu Tema Peserta Imam Muda Qaryah & Latihan Kawad Kaki untuk Majlis Perasmian IMQ

6 Mac 2011 (Ahad)
Masjid Wilayah, Jalan Duta, KL
8 pagi - 12 tgh hr

Hari ahad, seawal jam 8.00 pagi semua peserta dah daftar di Masjid Wilayah di Jalan Duta. Lepas breakfast, semua diarah beratur di parking lot untuk latihan kawad dan pengenalan lagu IMQ. Katanya YB. Dato' Seri Jamil Khir bin Baharom akan merasmikan IMQ pada 12 Mac 2011 (Sabtu). Jadi peserta IMQ diminta berkawad dan nyanyikan lagu tema IMQ.


Walaubagaimanapun, Majlis Perasmian yang dijadual pada 12 Mac dibatalkan. Diganti dengan seminar kekeluargaan di Dewan Muktamar, Pusat Islam Jalan Perdana, KL. Nota mengenai seminar kekeluargaan yg merangkumi bab nikah, kahwin, cerai dan rujuk serta prosedur akan dimuatkan dalam blog ini nanti (jika berkesempatan).


Peserta IMQ yg sedang/pernah berkhidmat dalam badan beruniform (Army/Polis/ROTU/JPA3 dll) diminta menganggotai platun hadapan. Peserta yang lain diminta berbaris di belakang mengikut zon masing-masing.

Lebih kurang 500 peserta IMQ hadir. Latihan kawad dipimpin oleh Pegawai JAWI yang juga seorang kapten Wataniah (ex-ROTU). Kawad kaki berakhir jam 12 tgh hari. Cuaca agak panas, dengarnya ada peserta yang tidak sihat terpaksa keluar baris kerana hampir pitam.
Lagu tema IMQ ni temponya agak santai dan lambat. Liriknya mudah dan pendek. 

Lagu Tema IMQ

Imam Muda
Bersedia menyebar syiar Islam
Yang suci untuk semua
Satu tekad satu semangat
Membentuk insane cemerlang
Dengan berhikmah
Julang tinggi amanah agama
Menuju keredhaan Ilahi
Mari bersama Imam Muda Qaryah
Demi agama bangsa juga negara.

No comments:

Post a Comment