Monday, March 14, 2011

KHUTBAH & KHATIB


KHUTBAH & KHATIB
Kelas IMQ pada 26 Feb 2011 / Ahad di Masjid Mizan,Putrajaya


Khutbah :

Ertinya sebuah nasihat agama yang didasari oleh dalil-dalil naqliy (al-Quran dan sunnah) untuk dimanfaatkan oleh umat Islam dengan menepati rukun-rukunnya.


Rukun Khutbah :

1.      Memuji Allah – sekurang-kurangnya dengan lafaz لله ) الحمد ( tidak memadai dengan terjemahan (segala pujian hanya untuk Allah)

2.      Berselawat ke atas nabi s.a.w, sekurang-kurangnya اللهم صل على سيدنا محمد )  ) tidak memadai dengan terjemahannya.

3.      Membaca ayat al-Quran atau hadis nabi sebagai sandaran dan dalil – kebiasaannya disebut sepotong ayat di awal khutbah sebagai gambaran tentang kandungan khutbah.

4.      Pesanan supaya bertaqwa iaitu lafaz  ( اتقوا الله ) bermaksud ‘hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah’ atau bentuk ayat lain yang mengandungi maksud yang sama.

5.      Mengandungi nasihat agama. Sama ada nasihat agama yang khusus tentang ibadah yang kita lakukan atau nasihat agama yang berkaitan dengan kehidupan seharian seperti menjaga kesihatan atau kebersihan.


Ciri – ciri khutbah :

1.      Mengandungi nasihat yang berkait secara langsung dengan agama. (isu semasa dan penting, diukur dari kesan negatifnya terhadap agama dan penganutnya).

2.      Ada isu yang dibincangkan, diikuti dengan realiti sesuatu isu tersebut (contoh).

3.      Implikasi negatif terhadap agama dan umat Islam jika isu itu berterusan (kesan).

4.      Menyertakan dalil dari al-Quran dan al-Sunnah berkaitan sesuatu isu berkaitan.

5.      Mengemukan jalan penyelesaian dalam menghadapi isu tersebut.

6.      Apakah yang patut dilakukan oleh setiap individu muslim bagi memastikan isu tersebut dapat diselesaikan.

7.      Tidak terdapat kepentingan peribadi atau politik dalam sesuatu khutbah.


Ciri –ciri Khatib :

a)     Khusus

1.      Mempunyai suara yang lantang agar dapat didengari setiap patah perkataan yang diujarkan.

2.      Dapat membaca dengan lancar tanpa tersekat-sekat. Khutbah perlu dibaca sekurang-kurangnya 3 kali sebelum dipersembahkan.

3.      Fasih dalam menyebut ayat suci al-Quran dan al-Hadis. Sebaik-baiknya ayat al-Quran dibaca dengan berlagu.

4.      Mempunyai intonasi yang baik bersesuaian dengan ayat yang dibaca supaya sesuatu ayat itu dapat diketahui sama ada suatu pertanyaan atau perintah atau tegahan.

5.      Memastikan tempat berhenti bacaan yang baik sehingga tidak menyebabkan pendengar keliru atau tersalah faham.

6.      Mengahayati kandungan khutbah dan membawa jemaah supaya dapat menghayati khutbah dengan baik.

b)     Umum

1.      Berada dalam keadaan tenang.

2.      Menjaga penampilan, kebersihan, pakaian dan pergerakan.

3.      Menadah tangan sewaktu membaca doa.

4.      Tidak keterlaluan dalam pergerakan sewaktu menyampaikan khutbah seperti menuding jari dan menepuk minbar.

5.      Naik dan turun dari minbar dalam keadaan yang perlahan.

6.      Memegang cokma dengan tangan kanan ketika dipermulaan salam dan memegang dengan tangan kiri sewaktu membaca khutbah seterusnya.


Ciri sebuah khutbah yang baik ialah :

1.      Mengemukakan isu yang bersifat terkini dan penting serta isu yang mendatangkan implikasi negatif, wajar dikaitkan dengan ayat al-Quran dan hadis.

2.      Disampaikan dengan jelas dari sudut ujaran ayat dan intonasinya sehingga dapat difahami dengan baik dan memberi kesan terhadap pendengar.

No comments:

Post a Comment